ayam
Showing posts with label ayam. Show all posts

Dumpling Ayam (Chicken Potsticker)

Saturday, February 29, 2020

No comments


Howdy y'all,

I ordered shrimp potstickers last time from a restaurant around here and they were just okay! they were pretty pricy though. I paid 5 bucks for just 5 potstickers. That's what you have to pay if you are lazy :P But, lazy no more cause this girl made her own potstickers! The total cost for everything was roughly $15!! And I got like 30 of them. I brought some to work too the other day and semua orang love it! What an achievement! I can throw a dumpling party after this. 

Before we go to the cooking part, just so you know, potsticker is a type of dumpling. Apparently, (I have no idea benda ni true or not). Potsticker ni tercipta by mistake. The chef initially wanted to make boiled dumpling, but for some reason dia terlupa dia tengah masak dumpling and bila dia pergi check his dumplings, semua air dah kering and dumpling tu jadi crispy. Wow gitu kan. Dia macam, tak semua mistakes tu bad, kadang-kadang mistake tu boleh jadi punca kebahagian orang lain. Tetiba je kan nak berfalsafah. Sekian sahaja tedtalk saya untuk session ini. Ayuhla kita masak. 

Bahan-bahan



Kulit dumpling (I bought it from the store)

Bahan untuk filling:
2 mangkuk ayam kisar
1 sudu kecil halia kisar 
1 sudu garlic powder *boleh pakai bawang putih cincang if takde
4 batang daun bawang *cincang halus
1/4 kubis *cincang halus
1/2 batang lobak merah *cincang halus
1/4 bawang holland *cincang halus
2 sudu kecil sugar 
2 sudu kicap masin
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada putih
3 sudu kecil minyak bijan



Bahan untuk dipping sauce: 
2 sudu kicap masin
1/2 sudu gula
2 sudu kecil chili flakes
1 sudu daun bawang
1 sudu minyak bijan

Cara-cara



1. Campurkan semua bahan filling potstickers dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati. 


2. Nak assemble potsticker, isi kulit dumpling dengan satu sudu kecil filling dia dekat tengah. Kelim sekeliling kulit sampai kemas. Boleh tengok youtube video cara nak seal the dumplings. 


3. Cara nak masak dia, masukkan 1 sudu kecil minyak masak atas pan. Oleskan minyak atas pan, masukkan dumpling tadi. Biarkan bawah dumpling garing.


4. Apabila garing, masukkan 1/3 cawan air dan biarkan mendidih. Tutup pan dan tunggu sehingga air kering. 
*make sure guna api yang perlahan. Biasanya mengambil masa 10 minit untuk masak. 
5. Untuk dipping sauce, campurkan semua bahan dan garnish dengan daun bawang. 


Serve potstickers tadi dengan dipping sauce! 

Kalau tak nak pan-fried, boleh jugak rebus ataupun steam. Tapi kalau steamed or boiled, dia tak panggil potsticker dah la. 

Potstickers sedap kalau makan panas panas. Bukan je jimat kalau buat sendiri tapi dapat banyak pulak tu. Kalau nak lagi best ajak satu kampung buat. Nak kelim dumpling sorang-2 agak lama nak siapkan ye tapi worry not because the final product is the best. 

Voila!

Read More

Ayam Masak Merah

No comments


Hello!

It's is Ayam Masak Merah timeeeeee! My all time favorite. My friend said this dish is a complementary dish during the raya. I was like..... whattttt....?! I thought ayam masak merah is like an everyday meal because I had ayam masak merah for breakfast sometimes or bila pergi weddings.  I think ayam masak merah from weddings always taste the best!!! Probably because it is free?? Hmmm, free food always taste exceptionally good. 

I thought this dish susah nak buat, but oh boy it is sooo easy peasy! You can do this with your eyes closed. Ok, just kidding! Ignore this one. Let's get back on track, shall we?

So, here are some ingredients we need to make a scrumptious ayam masak merah that you can't keep off your mind. 

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 2 biji bunga cengkih 
  • 1 biji bunga lawang
  • 1/4 cawan air 
  • 2 sudu tomato puree // tomato sos
  • 2 batang daun bawang
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis 

Bahan kisar
  • 1 bawang merah besar
  • 1/2 bawang holland
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu cili kisar * Rebus dua genggam cili kering, then kisar halus

Cara-cara



1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sampai separuh masak. Set aside. 
** Saya skip part goreng ayam. Saya just masukkan dalam oven dan bakar at 375F/200C selama 1/2 hour. Untuk bakar dalam oven, lumur ayam dengan minyak zaiton. Nak masak guna airfryer juga boleh.


2. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bunga lawang dan bunga cengkih.


3. Apabila dah naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan tomato puree. Kacau sebati.



5. Masukkan air. Biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat.



5. Masukkan ayam goreng dan kacau sebati.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Dah siap! Garnish dengan daun bawang atas ayam. Boleh makan dengan nasi putih. Boleh jugak buat lauk untuk nasi minyak or nasi tomato. Selamat mencuba!









Read More

Ayam Buttermilk

Saturday, November 16, 2019

No comments
Olaaa!

Time really flies so fast! We are in the middle of November now. It has been a year and 3 months I've been living in Albany. Somehow I found that living by yourself is pretty tranquil. Living by our own doesn't really make us lonely. It teaches you to be self-dependent and could enrich you in a lot of aspects. I think it is a good opportunity for us to figure out what we genuinely enjoy to do and once you found it you can commit to it without feeling guilty. Some people kinda flounder when they live alone. But hey! Life isn't always full of unicorns and roses. It would be a blatant lie if I said I never wept. I sometimes feel lonesome and start to question my decision of continue my journey in the States. It is time when your mind thinks it is a good time to declare a war with your heart. Undoubtedly, all of us have our own downtime, but we gradually find our own coping mechanism as we grow. Say -- if you need someone, call the ones you love. If you feel weary of doing the same thing, try out new hobbies. The world out there is for us. For us to discover. With that strong-will, we morph into a tenacious individual! Aha! Much appreciated for coming to my very short ted talk. xD

Regardless, I don't have exciting plans for this whole month. Thanksgiving comes really late this year, and I have to wait until the end of the month to travel again. It is exciting I would say, but I hope the weather (cause snow already said hello to us last week) allows us to travel around.
Since I didn't have anything to commit, I mostly spend my time at home doing what I love doing - trying out new recipes or cook foods that I've been craving for so long. Aha. This girl needs to feed herself now! Last week, I tried making buttermilk chicken. Well, I've tried it before, but I didn't really jot down the recipe. Hence, I decided to actually write it down so that I can update here. So, here's the recipe!!!






Bahan- bahan:

Ayam goreng

  • 1 1/2 mangkuk isi ayam
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu kecil paprika
  • 2 sudu kecil white pepper
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil garam
Buttermilk Gravy
  • 1 tin evaporated milk
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sudu besar butter
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 cili padi
  • Garam 
  • Gula

 Cara-cara:



  1. Satukan semua bahan- bahan untuk ayam goreng. Goreng ayam sehingga rangup. Boleh double fry to make it crispier.

2. For kuah, panaskan butter atas api sederhana. Apabila butter panas, bawang putih, daun kari, dan cili. Kacau sehingga naik bau.


3. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. It is optional. If suka kuah cair, no need to add      tepung jagung.  Kacau sehingga sebati. 

4. Masukkan evaporated milk. Kacau supaya kuah tak berketul. 
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
6. Kecilkan api dan biarkan mendidih. 

7. Apabila mendidih, tutup stove. Masukkan ayam goreng dan kacau sehingga kuah salut semua ayam goreng.

Dann siappp! This recipe is easy but, I don't really fancy part kena goreng ayam. Tapi, it is all worth it for this creamy buttermilk chicken. 
Read More

Super Crunchy Korean Fried Chicken

Wednesday, May 15, 2019

No comments


Uuuuu sexynya ayam goreng kat atas ni *drooling*. Lagi-lagi tengah puasa ni. Saya tau ramai je yang suka makan ayam goreng ni especially kalau korean fried chicken. Dekat US ni sangat susah untuk dapatkan ayam goreng yang halal. Kalau ada pun, mesti rasanya sangat masin. Resepi ni saya belajar daripada kawan korean saya dekat US. 


Oh ye, kasi tips skit! Kah! bajet chef pulak nak bagi tips :3 Duh! Okay serious, kalau nak ayam goreng lagi crunchy hang semua tak leh kedekut minyak. Kalau tak ayam goreng kau makan segan ah nak jadi crunchy. Lagi satu, aku suka guna tepung jagung daripada all purposes flour. Haritu, aku buat "experiment" guna dua jenis tepung ni. Konklusinya, kalau pakai tepung gandum, ayam goreng tak crunchy sangat and dia more to  keras sikit compared to kalau guna tepung jagung. Nak goreng ayam ni bukan saje melatih kau untuk bersabar, tapi dia latih kau jadi extra rajin juga sebab nak ayam crunchy kau kena buat "double fry". Nanti baca lah cara kat bawah. Itu je lah kut tips kita pada hari ini. Moh le goreng ayam.


Bahan- bahan:


Ayam Goreng
0.5 kg chicken wing ( ni rasanya dalam 2 mangkuk la juga)
1 cawan tepung jagung
4 sudu tepung beras *optional
1 biji telur
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
Garam secukup rasa
2 cawan minyak


Glaze 
2 sudu unsalted butter
4 ulas bawang putih
4 batang cili kering
1
½  sudu chili flakes (aku pakai brand Stonemill Essential) 
3 sudu madu
½ sudu kecil sesame oil
Sesame seed
2 batang spring onion *optional (time aku buat ni tak de so takde lah dalam gambar, ahaks!)
2 sudu besar air
Garam secukup rasa


Cara-cara:


1.  Potongkan chicken wing kepada dua bahagian. Perapkan ayam dengan lada hitam, paprika, dan garam selama 15 minit. 
2. Campurkan tepung beras dan tepung jagung. Masukkan garam lebih kurang 1 ½ sudu kecil. 
3.  Pecahkan telur kedalam perapan ayam. Kacau sebati. 
4.  Panaskan minyak dan tunggu sehingga minyak betul betul panas. Salut ayam yang diperap tadi
kedalam tepung. Goreng ayam sehingga masak.
5.Setelah masak, toskan ayam . Kemudian, goreng lagi sekali semua ayam yang telah digoreng tadi selama 2 minit. 
6. Panaskan butter dengan api yang kecil. Kemudian, masukkan bawang putih, dan cili kering. Kacau sehingga bawang putih kekuningan.
7.  Masukkan madu, garam, chili flakes,  dan air. Kacau continuously sehingga kuah jadi pekat dan berbuih.
8.  Masukkan ayam dan gaul rata dengan kuah tadi. 
9. Taburkan sesame seed dan spring onion yang teal dipotong. Ikut suka hati korang la nak potong macam mana asal boleh telan. 

Lepas tu siap la. Boleh la berangan makan ayam goreng ni dengan oppa oppa sekalian. Uuuuu fancy schmancy.  Jap, tunjuk lagi sekali gambar supaya kau rasa lagi tak sabar nak makan.



jal meokeossseumnida! 






Read More

Ayam Percik Da Bomb!

Monday, March 25, 2019

No comments



Helllu!

This time I want to share resepi Ayam Percik. I think this dish quite is famous in Kelantan. Pergi pasar malam or bazaar confirm ada. Cuma sedap ke tidak je. 

I think the last time saya masak lauk ni was last year when I was in Rochester, living my happy life. Sekarang pun happy cuma bila dah stay berseorang diri ni, takde semangat nak masak grand grand gitu. Sekarang ni janji makanan masuk mulut pastu kenyang. Kalau rajin sikit pun bila weekend bertamu. Tapi, sebab still gigih nak share resepi, saya gagahi jua ke dapur. 


Bahan bahan:

1 1/2 sudu cili kering (kisar)
1 biji bawang merah ( kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
4 batang serai (2 dikisar, lagi 2 diketuk)
1 inci halia (kisar)
1 kotak santan (400mL
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara -cara:

1. Panaskan kuali lepas tu masukkan minyak cukup cukup untuk tumis.
2. Masukkan serai yang diketuk. Kacau sampai naik bau. Jangan bagi hangus!
3. Tumiskan semua bahan blend KECUALI cili kering. Tumis sampai kering.
4. Masukkan cili kering. Kacau sehingga cili masak.
5. Masukkan ayam. Biarkan ayam mereneh selama 15 minit.
6. Masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan asam keping.
7. Bila ayam sudah masak, keluarkan asam keping. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Ikut sedap tekak masing masing.
8. Asingkan 1/2 kuah dan set aside.
9. Masukkan ayam kedalam oven dan high broil selama 3 minit nak kasi rasa smokey taste and burn tiruan. Kalau nak smokey taste asli sila hidupkan grill pakai arang.
10. Serve lah atas pinggang dan siram kuah yang diasingkan tadi ke atas ayam. *refer gambar diatas*

Disclaimer: Kalau tak sedap, salahkan tangan yang membuat. Just kidding. Confirm lah menangis lagi makan ayam percik sebab sedap sangat. Nanti makan sambil tutup mata, tetiba bukak mata dah sampai Kelantan. Kah!

Sekian sahaja resepi kita pada hari ini. bertemu lagi di hari yang tak sama, masa yang tak sama tetapi di blog yang sama! Adios amigos!

















Read More

Nasi Ayam Hainan

Wednesday, March 13, 2019

No comments


Favorite Nasi Ayam saya mestilah daripada The Chicken Rice Shop. Tapi, dekat US memang susah untuk dapatkan nasi ayam, so terpaksalah buat sendiri. Saya lebih gemar nasi ayam hainan berbanding nasi ayam biasa sebab saya suka rasa minyak bijan tu. Nasi ayam ni sangat senang nak dimasak, tetapi penyediaan bahan yang mengambil masa sedikit lama. 

Bahan-bahan:

Sup dan Ayam
  • 1 ekor ayam
  • 4 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 of bawang holland
  • 5 cawan air
  • Daun bawang 
  • 1 kiub ayam 
Nasi Ayam
  • 2 cawan beras
  • 2 inci halia 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/4 bawang holland 
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 cawan air rebusan ayam
Pes halia
  • 4 inci halia
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sude besar minyak bijan
Sambal merah
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah besar
  • 1/2 biji tomato
  • 1/4 cawan air rebusan ayam
  • Garam dan gula 
Kicap ayam 

3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1/4 cawan air rebusan ayam 

Cara-cara:

Sup dan ayam

  1. Rebuskan ayam bersama halia, bawang holland, bawang putih yang ditumbuk kasar sehingga ayam masak. Masak dengan api perlahan. 
  2. Tambahkan kiub ayam dan garam secukup rasa kedalam kuah sup.
  3. Angkat ayam dan rendamkan ke dalam air sejuk.  
  4. Tapiskan sup untuk buang bahan-bahan kasar. 
  5. Garnish sup dengan daun bawang yang dipotong halus.  

Ayam 
  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk kicap ayam. 
  2. Tuangkan campuran kicap ayam ke atas ayam. 
  3. Hiaskan dengan potongan daun bawang. 
Pes halia
  1. Kupas kulit halia dan parut halus. 
  2. Campurkan halia parut dengan minyak bijan. 
  3. Panaskan minyak masak, kemudian tuangkan minyak masak ke dalam parutan halia. Kacau sebati. 
Sambal merah
  1. Kisarkan cili padi, cili merah, dan tomato sehingga halus. 
  2. Campurkan bahan kisar dengan air rebusan ayam.
  3. Masakkan sambal sehingga mendidih sekejap. 
  4. Perasan dengan garam dan gula secukup rasa. 
Nasi
  1. Ketukkan bawang putih dan halia. Potong bawang holland nipis-nipis. 
  2. Panaskan butter, tumiskan bawang putih, bawang holland, dan halia sehingga naik bau. 
  3. Masukkan nasi yang telah dicuci. 
  4. Masukkan daun pandan, minyak bijan, air rebusan ayam, dan sedikit garam. Kacau sebati. 
  5. Masak nasi seperti biasa. 
Lepas dah siap semua, bolehlah hidangkan nasi bersama ayam dan sayur-sayuran lain. Saya lebih gemar makan nasi ayam dengan Bok Choy Goreng ataupun Tauge Goreng. 
Read More