Ayam Percik Da Bomb!

Monday, March 25, 2019




Helllu!

This time I want to share resepi Ayam Percik. I think this dish quite is famous in Kelantan. Pergi pasar malam or bazaar confirm ada. Cuma sedap ke tidak je. 

I think the last time saya masak lauk ni was last year when I was in Rochester, living my happy life. Sekarang pun happy cuma bila dah stay berseorang diri ni, takde semangat nak masak grand grand gitu. Sekarang ni janji makanan masuk mulut pastu kenyang. Kalau rajin sikit pun bila weekend bertamu. Tapi, sebab still gigih nak share resepi, saya gagahi jua ke dapur. 


Bahan bahan:

1 1/2 sudu cili kering (kisar)
1 biji bawang merah ( kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
4 batang serai (2 dikisar, lagi 2 diketuk)
1 inci halia (kisar)
1 kotak santan (400mL
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara -cara:

1. Panaskan kuali lepas tu masukkan minyak cukup cukup untuk tumis.
2. Masukkan serai yang diketuk. Kacau sampai naik bau. Jangan bagi hangus!
3. Tumiskan semua bahan blend KECUALI cili kering. Tumis sampai kering.
4. Masukkan cili kering. Kacau sehingga cili masak.
5. Masukkan ayam. Biarkan ayam mereneh selama 15 minit.
6. Masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan asam keping.
7. Bila ayam sudah masak, keluarkan asam keping. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Ikut sedap tekak masing masing.
8. Asingkan 1/2 kuah dan set aside.
9. Masukkan ayam kedalam oven dan high broil selama 3 minit nak kasi rasa smokey taste and burn tiruan. Kalau nak smokey taste asli sila hidupkan grill pakai arang.
10. Serve lah atas pinggang dan siram kuah yang diasingkan tadi ke atas ayam. *refer gambar diatas*

Disclaimer: Kalau tak sedap, salahkan tangan yang membuat. Just kidding. Confirm lah menangis lagi makan ayam percik sebab sedap sangat. Nanti makan sambil tutup mata, tetiba bukak mata dah sampai Kelantan. Kah!

Sekian sahaja resepi kita pada hari ini. bertemu lagi di hari yang tak sama, masa yang tak sama tetapi di blog yang sama! Adios amigos!

















No comments

Post a Comment