Nasi Ayam Hainan

Wednesday, March 13, 2019



Favorite Nasi Ayam saya mestilah daripada The Chicken Rice Shop. Tapi, dekat US memang susah untuk dapatkan nasi ayam, so terpaksalah buat sendiri. Saya lebih gemar nasi ayam hainan berbanding nasi ayam biasa sebab saya suka rasa minyak bijan tu. Nasi ayam ni sangat senang nak dimasak, tetapi penyediaan bahan yang mengambil masa sedikit lama. 

Bahan-bahan:

Sup dan Ayam
  • 1 ekor ayam
  • 4 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 of bawang holland
  • 5 cawan air
  • Daun bawang 
  • 1 kiub ayam 
Nasi Ayam
  • 2 cawan beras
  • 2 inci halia 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/4 bawang holland 
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 cawan air rebusan ayam
Pes halia
  • 4 inci halia
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sude besar minyak bijan
Sambal merah
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah besar
  • 1/2 biji tomato
  • 1/4 cawan air rebusan ayam
  • Garam dan gula 
Kicap ayam 

3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1/4 cawan air rebusan ayam 

Cara-cara:

Sup dan ayam

  1. Rebuskan ayam bersama halia, bawang holland, bawang putih yang ditumbuk kasar sehingga ayam masak. Masak dengan api perlahan. 
  2. Tambahkan kiub ayam dan garam secukup rasa kedalam kuah sup.
  3. Angkat ayam dan rendamkan ke dalam air sejuk.  
  4. Tapiskan sup untuk buang bahan-bahan kasar. 
  5. Garnish sup dengan daun bawang yang dipotong halus.  

Ayam 
  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk kicap ayam. 
  2. Tuangkan campuran kicap ayam ke atas ayam. 
  3. Hiaskan dengan potongan daun bawang. 
Pes halia
  1. Kupas kulit halia dan parut halus. 
  2. Campurkan halia parut dengan minyak bijan. 
  3. Panaskan minyak masak, kemudian tuangkan minyak masak ke dalam parutan halia. Kacau sebati. 
Sambal merah
  1. Kisarkan cili padi, cili merah, dan tomato sehingga halus. 
  2. Campurkan bahan kisar dengan air rebusan ayam.
  3. Masakkan sambal sehingga mendidih sekejap. 
  4. Perasan dengan garam dan gula secukup rasa. 
Nasi
  1. Ketukkan bawang putih dan halia. Potong bawang holland nipis-nipis. 
  2. Panaskan butter, tumiskan bawang putih, bawang holland, dan halia sehingga naik bau. 
  3. Masukkan nasi yang telah dicuci. 
  4. Masukkan daun pandan, minyak bijan, air rebusan ayam, dan sedikit garam. Kacau sebati. 
  5. Masak nasi seperti biasa. 
Lepas dah siap semua, bolehlah hidangkan nasi bersama ayam dan sayur-sayuran lain. Saya lebih gemar makan nasi ayam dengan Bok Choy Goreng ataupun Tauge Goreng. 

No comments

Post a Comment